Soalan Lazim

Pada halaman ini, anda boleh melihat soalan dan jawapan lazim yang diberikan oleh pengguna lain.

Sekiranya anda tidak jumpa jawapan anda, sila hubungi kami secara langsung di support@metroopinion.com. Kami gembira menjawab semua soalan anda, yang mungkin berguna kepada pengguna lain.

Kami telah membahagikan Soalan Lazim kepada beberapa bahagian berbeza supaya anda boleh mencari jawapan yang betul dengan mudah.

Bermula sekarang

Untuk mencipta profil, daftar di halaman utama . Anda boleh mengaktifkan profil anda dengan klik pada pautan di e-mel anda.

Sila cuba mendaftar sekali lagi dan pastikan anda telah menaip poskod dengan betul. Poskod anda mesti ditaip secara manual, dengan tiada ruang di antaranya (Anda boleh mencarinya di Google).
Sekiranya anda menerima mesej yang sama, hantarkan tangkapan skrin isu ini kepada kami, dan kami akan menghubungi jabatan yang bertanggungjawab untuk menyiasat dengan lebih teliti.

Untuk log masuk ke dalam profil anda, pergi ke halaman Log masuk dalam menu. Sila masukkan e-mel dan kata laluan anda untuk log masuk. Jika anda terlupa kata laluan anda, buat kata laluan baru dengan klik pada "Lupa Kata Laluan".

Ini adalah dokumen sah yang berkaitan dengan keahlian MetroOpinion. Anda boleh mencari pautan ke Terma dan Syarat dan Dasar Privasi di halaman Utama.

Pendapatan dan pembayaran

Selalunya anda tidak boleh melihat ganjaran pada profil dengan segera disebabkan isu teknikal. Sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang tinjauan yang dilengkapkan, kami akan memberikan ganjaran kepada anda dengan segera.

Anda boleh menyemak baki akaun anda pada profil MetroOpinion anda.

Tinjauan perlu dilengkapakan untuk mendapatkan ganjaran.
Tahap pembayaran bergantung pada kaedah pembayaran yang dipilih.
Apabila anda mencapai tahap pembayaran, anda boleh memindahkan duit menggunakan kaedah pembayaran yang anda pilih. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pembayaran mesti dipaut ke alamat e-mel sama yang digunakan untuk melengkapkan tinjauan. Anda boleh menyemak kaedah pembayaran yang tersedia untuk negara anda di profil anda pada bahagian "Ganjaran".

Pertama sekali, anda mesti mempunyai akaun PayPal yang aktif. Jika tiada, anda boleh membuat akaun secara percuma.
Sila pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang sama untuk akaun PayPal dan MetroOpinion.
1) Log masuk ke dalam profil anda pada halaman Log masuk.
2) Klik pada "Mata ganjaran saya".
3) Apabila anda sampai ke tahap pembayaran, klik pada butang Kemas kini, dan duit akan dipindahkan ke akaun PayPal anda.
4) PayPal mengenakan caj 3% untuk yuran transaksi. Malangnya, kami tidak boleh mengubah caj ini.
5) Pastikan anda log masuk ke dalam akaun PayPal anda dan setuju untuk menerima duit tersebut. Anda memikul tanggungjawab untuk menerima pembayaran.
6) Sekiranya anda tidak menerima pembayaran selepas 30 hari, duit berkenaan akan dipulangkan ke dalam akaun MetroOpinion anda.
Jika anda memerlukan pertolongan tentang cara untuk menggunakan PayPal, sila hubungi mereka secara langsung.

Malangnya, kami tidak menawarkan pembayaran kepada akaun PayPal lain, kerana ini mungkin akan disalahgunakan. Nama pengguna MetroOpinion anda mesti sepadan dengan e-mel akaun PayPal anda.

Sekiranya anda menerima mesej ini, sila tunggu 2-4 hari, kemudian cuba buat pemindahan lagi sekali. Jika anda gagal lagi, sila hubungi kami di support@metroopinion.com

Kadangkala mungkin akan mengambil beberapa hari bekerja untuk pembayaran didaftarkan. Ini disebabkan isu teknikal dan untuk tujuan butiran perbelanjaan. Sekiranya anda tidak menerima pembayaran dalam masa 10 hari bekerja, sila hubungi kami di support@metroopinion.com.

Tinjauan

Malangnya, kami tidak boleh menghantar semula tinjauan. Apabila kami menerima jawapan yang diperlukan, tinjauan akan ditutup. Tetapi jangan risau, kami akan mencari tinjauan baru untuk anda nanti.

Kami menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan pengguna tidak mengambil tinjauan yang sama lebih daripada sekali, kerana ini akan mencederakan kesahihan tinjauan berkenaan. Jadi, jika anda menerima mesej ini, bermaksud anda sudah menjawab tinjauan ini pada platform lain. Tetapi jangan risau, kami akan mencari tinjauan baru untuk anda nanti.

Sekiranya anda menerima tinjauan dalam bahasa yang salah, sila hubungi pasukan sokongan kami di support@metroopinion.com. Apabila menghubungi sokongan, sila balas jemputan tinjauan supaya pasukan kami boleh mencari tinjauan berkenaan dengan mudah. Ini juga akan menghindari pengguna lain daripada menerima tinjauan yang sama.

Anda akan menerima jemputan tinjauan melalui e-mel. Di dalam e-mel anda terdapat pautan ke tinjauan berkenaan, maklumat tempoh masa untuk menjawab dan jumlah yang anda akan terima selepas melengkapkannya.

Menjawab tinjauan adalah percuma. Memang adil untuk anda menerima ganjaran atas sumbangan anda.

Kami mempunyai tinjauan yang meluas dalam pelbagai topik. Maklum balas anda akan kekal sulit. Syarikat hanya akan menggunakannya untuk penyelidikan produk mereka.

Kadangkala klien kami meminta kami menyoal soalan tertentu beberapa kali supaya mereka boleh memastikan butiran peribadi anda konsisten. Kami minta maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Ralat mungkin menghentikan sesuatu tinjauan. Sekiranya ini berlaku, sila hubungi kami dengan membalas e-mel jemputan tinjauan berkenaan. Huraikan isu yang berlaku supaya kami boleh membaikinya dengan segera.

Setiap pautan tinjauan hanya boleh diklik sekali sahaja. Atas sebab ini, malangnya waktu berehat tidak boleh diambil semasa menjawab tinjauan. Selain itu, tinjauan tidak boleh dimulakan semula selepas menutup tetingkap pelayar.
Kami terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan berbilang penyertaan dan jenis penipuan yang serupa. Anda dinasihatkan untuk melengkapkan setiap tinjauan dalam tempoh satu masa.
Dalam kes tiada aktiviti yang lama, sambungan internet mungkin akan mengalami gangguan sebentar. Ini mungkin akan menyebabkan tinjauan dibatalkan. Atas alasan keselamatan dan panduan penyelidikan pasaran antarabangsa, sebarang tinjauan tidak boleh diteruskan dan hasil jawapan tidak boleh disertakan dalam analisis.

Ya, tinjauan kami disokong pada semua peranti. Jika anda mengalami sebarang isu teknikal, sila hubungi kami di support@metroopinion.com, supaya kami boleh membaikinya secepat mungkin. Ini akan memastikan anda dan pengguna lain tidak mengalami isu yang sama lagi.

Kami akan menghantar tinjauan kepada anda apabila kami jumpa tinjauan yang sepadan dengan profil anda. Kami mencadangkan anda untuk mengisi ruang profil anda sebanyak mungkin. Ini akan meningkatkan peluang untuk menerima tinjauan yang betul.

Ini bermaksud anda tidak sepadan dengan kumpulan pengguna yang kami perlukan untuk tinjauan ini. Cara terbaik untuk menghindari perkara ini daripada berlaku adalah dengan mengisi maklumat peribadi sebanyak mungkin dalam profil anda.

Jika kami memutuskan bahawa anda bukan individu yang sesuai untuk sesuatu tinjauan, kami akan cuba mencari tinjauan lain yang lebih sesuai berdasarkan data peribadi anda. Kami minta maaf sekiranya kami tidak berjaya.

Sekiranya anda mengalami ralat semasa tinjauan, sila pertimbangkaan perkara berikut:
1) Anda perlu mendayakan kuki dalam pelayar anda untuk menggunakan MetroOpinion.
2) Tinjauan mungkin akan gagal jika ia dibuka untuk suatu tempoh masa yang lama.
3) Navigasi keluar daripada tab mungkin akan menamatkan tinjauan.
4) Cuba buka MetroOpinion dalam pelayar lain. Pastikan juga Flash Media Player telah dikemas kini ke versi terbaru.
5) Sekiranya tinjauan gagal berfungsi pada telefon anda, cuba buka di komputer anda.

Ini bermaksud kami sudah menerima maklum balas yang mencukupi untuk tinjauan ini. Apabila sebilangan pengguna tertentu menjawab sesuatu tinjauan, kuota akan disi dan tinjauan berkenaan akan ditutup secara automatik.

Kami selalu menjemput lebih ramai pengguna daripada bilangan yang diperlukan. Ini kerana kami tidak boleh menjangka berapa ramai akan mengambil bahagian dalam tinjauan kami. Cara ini adalah penting untuk menjamin pelanggan kami bahawa bilangan peserta yang diperlukan akan dicapai dalam masa yang ditetapkan.
Program ini menghantar jemputan kepada semua orang yang sepatutnya layak menjawab tinjauan tersebut. Oleh kerana ia sesuatu proses, bukan semua orang akan menerima jemputan pada masa yang sama. Ada yang akan menerima jemputan lebih awal daripada pengguna lain, tetapi semua yang ditetapkan untuk menerima jemputan berkenaan akan menerimanya kelak. Kami tidak mempunyai kawalan tentang aturan penerimaan tinjauan oleh ahli panel.
Sebaliknya, agensi yang menghantar tinjauan hanya memerlukan sejumlah tinjauan lengkap tertentu. Apabila nombor tertentu dicapai, tinjauan akan ditutup.
Kami ingin mencadangkan kepada anda untuk mengisi maklumat peribadi sebanyak mungkin dalam profil anda, supaya anda akan menerima tinjauan yang sesuai. Selain itu, anda juga akan menerima tinjauan dengan lebih kerap jika profil anda mempunyai lebih banyak maklumat.

Mungkin boleh terjadi apabila anda dijemput ke sesuatu tinjauan, tetapi apabila anda mula menjawab, anda disingkirkan selepas beberapa soalan sampel. Ini mungkin boleh berlaku kerana anda tidak sepadan dengan kumpulan sasaran yang diperlukan. Dalam kes sebegini, sistem kami akan mencari tinjauan baru untuk anda dengan segera. Sekiranya anda mampu melengkapkan tinjauan ini, sudah pasti anda akan menerima ganjaran. Anda akan menerima pampasan yang lebih tinggi untuk tinjauan yang lebih panjang, dan pampasan yang lebih rendah untuk tinjauan yang lebih pendek.
Sebab kenapa anda menerima jumlah duit berlainan, atau jika tinjauan mengambil masa yang lebih lama daripada yang dinyatakan dalam jemputan, menunjukkan bahawa anda sudah pun mengambil bahagaian dalam tinjauan yang berbeza.

Akaun anda

Sekiranya anda lupa kata laluan anda, anda boleh membuat kata laluan baru di halaman Log masuk. Anda akan menerima kata laluan baru di alamat e-mel anda.

Anda boleh menetapkan semula kata laluan anda secara mudah dengan mengikuti langkah seterusnya:
1) Pergi ke halaman log masuk
2) Klik "Lupa kata laluan saya" di bawah ruang log masuk
3) Sekarang, taip alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar dengan portal tinjauan
4) Kami akan menghantar e-mel yang mengandungi pautan untuk menetapkan kata laluan anda dengan segera
5) Semak peti masuk anda
6) Klik pada pautan dalam e-mel anda
7) Tetapkan kata laluan yang baru.

Anda perlu menggunakan alamat e-mel anda untuk nama pengguna. Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda boleh membuat yang baru pada halaman Log masuk. Jika anda masih tidak dapat log masuk, sila hubungi kami di support@metroopinion.com

Hanya ada satu cara untuk menukar e-mel anda, iaitu dengan membuat permintaan di support@metroopinion.com. Ini adalah langkah keselamatan tambahan untuk melindungi maklumat dan pendapatan anda.

Sekiranya anda mempunyai pendapatan negatif atau yang dikurangkan, ini bermaksud jawapan anda tidak sah. Ini boleh berlaku atas beberapa sebab. Cara terbaik untuk mengelakkan pemotongan adalah dengan membaca soalan dan menjawab dengan jujur.

Log masuk ke dalam profil anda dan klik "Nyahlanggan". Kemudian hanya ikuti arahan di halaman. Anda juga boleh nyahlanggan daripada jemputan tinjauan dengan klik pada pautan di bawah. Jika anda mahu menukar maklumat peribadi anda atau anda ingin tahu apa data yang disimpan tentang anda, sila hubungi kami di support@metroopinion.com